Thursday, February 5, 2015
Fesyen Muslimah Alaf Baru?GAMBAR
Mengapa masih tiada kesedaran langsung dalam diri bagi kebanyakan wanita zaman sekarang yang bertudung tetapi pakai pakaian yang ketat seperti baju dan seluar?
Jika mereka tidak bertudung tidak mengapa kerana mungkin belum ada lagi kesedaran tentang perlunya menutup aurat dengan sempurna.
Adakah mereka sedar cara pemakaian mereka itu sebenarnya telah menarik orang lain sama terutamanya kaum lelaki mendapat dosa. Memang sudah menjadi lumrah, kaum lelaki suka akan sesuatu yang cantik dan menarik yang ada pada setiap wanita.
Pantang melihat wanita berpakaian yang menjolok mata, tentu saja ada mata yang tidak berkelip.
Atau mereka ini sememangnya sengaja berpakaian sedemikian semata-mata untuk menarik perhatian orang lain terutamanya lelaki?
Wanita-wanita sebegini memang suka menjadi perhatian orang lain. Orang cakap tidak mahu ketinggalan zaman dalam berfesyen (Up to date).
Mereka ini sepatutnya wajib menutupi aurat ( tubuh badan) dengan sempurna. Bukan tidak boleh berfesyen, boleh asalkan pakaian tersebut hendaklah sopan, tidak terlalu nipis, tidak terlalu ketat dan tidak terlalu singkat.
Sekarang ini, cuba kita lihat berapa ramaikah wanita-wanita di luar sana yang mengambil kisah tentang melabuhkan tudungnya sehingga ke paras bawah dada untuk melindunginya daripada dilihat orang lain berbanding selebihnya yang tidak kisah. Berapa ramai?
Berapa ramaikah wanita-wanita di luar sana yang mengambil kisah tentang pakaian mereka terutamanya yang memakai t-shirt dan seluar jeans? T-shirt bersaiz kecil, singkat dan ketat manakala seluar pula terlalu ketat. Mereka seolah-olah berpakaian tetapi “bogel” kerana jelas menampakan susuk tubuh dengan jelas.
Lebih menghairankan lagi, mereka ini benar-benar tidak malu. Sudahlah berpakaian sedemikian, muat-naik pula ke laman sosial.
Bertudung di atas tetapi “berbogel” di bawahnya. Inikah yang dikatakan “budaya orang Timur”? Seorang muslimah?.
Sekarang ini, tidak kiralah wanita tersebut sudah bersuami atau belum, yang pastinya kebanyakan daripada mereka macam inilah.
Fesyen terkini yang sungguh memalukan. Kalau beginilah caranya, jangan hairanlah jika banyak kes jenayah yang berlaku seperti rogol, khalwat dan buang bayi. Tidak sedarkah? Ramai anak-anak luar nikah dilahirkan pada setiap hari.
Kepada wanita-wanita di luar sana, “jangan marahkan nyamuk, habis kelambu dibakar”. Jangan salahkan orang lain diatas perbuatan anda sendiri.
Oleh itu berhati-hatilah bila memilih cara berpakaian atau bergambar. Jadilah pengguna laman sosial yang bijak. Jika anda semua memang jenis yang tidak ambil kisah, abaikan sahaja artikel ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Sangat memalukan itulah yang mampu dikatakan apabila gadis melayu ini selfi buah dada hanya memakai bra kemudian uplod dalam facbook....
No comments:
Post a Comment